Ahad, 18 November 2012

PETUA MERAWAT IKAN SAKIT






Jika ikan peliharaan seperti Arowana, Guppy, Beta, Tetra, Gourami, Apistos ‘tidak sihat’ seperti luka atau sisik reput, masukkan sehelai daun ketapang. Ia adalah sumber perubatan kepada ikan atas sebab: 

i. Turunkan pH air beralkali 
ii. Menyingkirkan bacteria dan bahan kimia berbahaya 
iii. Menyerap logam ferum dan mangan 
iv. Menciptakan kondisi air nyaman bagi ikan peliharaan 

Ketapang kering bila direndam dalam air akan membentuk larutan asam organik spt humic dan tanin. Ia akan menurunkan pH air, menyerap logam ferum dan mangan serta menciptakan kondisi air yg nyaman bagi ikan / udang peliharaan seolah spt habitat asal di sungai atau paya. Asid yg dikeluarkan berupaya membunuh bacteria dalam akuarium.

ATURAN 
Bilas daun sebelum direndam ke tangki tapisan akuarium. Selepas 1-2 hari daun akan tenggelam. Ia menghasilkan pewarna keperangan dan merubah warna air. Pewarna ini mengandungi asid tanik dan bahan organik asli bagi persekitaran peliharaan ikan. Alihkan daun selepas 10 hari digunakan.Cadangan 1-5 daun untuk 20 liter air.


RAWATAN MATA BERSELAPUT & SIRIP EKOR REPUT
1.  Rendam daun ketapang sehingga air berwarna coklat.  
2.  Biarkan air berkenaan sehingga 5-7 hari.
3.  Buangkan air berkenaan 2/3 bahagian
4.  Masukkan garam kasar sebagai SPA untuk ikan.
5.  Biarkan 15-30 minit supaya organisma dalam air & badan ikan dihapuskan
6.  Buang seberapa banyak air yang boleh dan gantikan dengan air baru.
7.  Rendamkan daun ketapang sehingga coklat cair.  
8.  Keluarkan daun.
9.  Biarkan air berkenaan sehingga bertukar semula ke putih jernih. 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan