Khamis, 25 Disember 2014

MEMANCING IKAN PARI



Umpan Ikan Pari


Penggunaan umpan sesetengahnya mengikut tempat dan lokasi pancing. Boleh rujuk kepada penduduk setempat jika ingin kepastian. Umpan yang disebutkan ini adalah jenis umpan yang biasa dirembat sang pari. Oleh kerana pari ikan yang suka mendap di dasar, peralatan halus dan lembut bukanlah lawannya. Saiz minimum yang disyorkan ialah 20 paun atau PE2.Umpan yang biasa digunakan memancing pari adalah:
Udang hidup


Sotong cumit
Sotong jarum hidup

Sotong mati tapi yang belum kena ais

Sotong kurita
Sotong katak kecil
Ikan jajang (seperti belacak sungai)
Ikan belanak
Selayang/ selar kuning di potong dua
Anak ikan bebolos
Anak ikan gelama
Ikan kembung
Perumpun
Ikan tamban dan
Ikan beliak mata


Waktu Memancing Ikan Pari

Waktu sesuai ialah ketika arus tidak terlalu laju dan waktu di antara berlakunya perubahan pasang surut air. Pari menelan umpan tidak kira masa, sama ada pagi, petang dan malam.Teknik Memancing Ikan Pari

Pari apabila menelan umpan dan terasa tekanan yang dikenakan ke atasnya akan mula melarikan diri. Tenaga yang di miliki pada permulaan ini sukar untuk ditangani pemancing. Jika berlaku keadaan ini kita perlu beri tali tapi jangan terlalu longgar dan tunggu sehingga larian pari lemah. Semasa memberi tali, pada masa yang sama sentiasa berikan tekanan pari pari bertujuan meletihkan ia. Jika ada peluang mengarau tali lakukan tanpa ragu-ragu. Bermain dengan pari banyak memerlukan kesabaran terutama apabila ia memekap di dasar dalam jangka masa yang lama.

Jenis Ikan Pari

Jenis pari yang biasa makan umpan pemancing ialah pari benting, pari harimau, pari minyak, pari lalat, pari pasir, pari nyonya, pari daun, pari kulim, pari tanjung, ketuka dan kadang kala pari lang.


Sumber :Tip Memancing

Tiada ulasan:

Catat Ulasan