Isnin, 27 Ogos 2012


PERSEDIAAN PANCING PANTAI


1. Antara umpan yang boleh digunakan untuk memancing di pantai adalah seperti berikut:-
a) udang segar - hidup lagi baik
b) perumpun
c) hirisan ikan - kembung, selayang, selar
d) sotong pasar
e) sotong kurita
f) anak ikan belanak
g) ketam angin atau ketam batu
h) roti untuk umpan belanak besar
i) roti canai / daging ayam untuk ikan kuku
j) siput, kupang, kerang dan isi cengkerang lain

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak balingan. Pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika dilontar. Ini untuk mengelakkan hujung joran dapat bertahan. Selalunya batu bersaiz 8 hingga 12 digunakan. Pilihlah batu yang lonjong memanjang untuk mengurangkan rintangan angin dan arus.

3. Perambut bolehlah bermula dari 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, mata kail, kekuatan kekili dan kekuatan joran. Panjang perambut adalah antara 1 hingga 2 kaki. Jika memancing bebulus perambut kekuatan 12 dan panjang setengah kaki paling sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika air kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (air yang terlalu jernih...ikan kurang galak).

5. Waktu terbaik untuk pancingan pantai ialah ketika air pasang penuh. Ketika ini ikan akan rapat ke pantai. Sebelah malam . ikan lebih aktif memakan umpan daripada siang. Kesimpulannya waktu yang paling sesuai adalah lewat petang hingga sebelum terbit fajar.

6. Penggunaan joran yang panjang adalah satu kelebihan semasa memancing di pantai. Lontaran yang jauh lebih mendatangkan hasil.Selamat memancing.

sumber dipetik daripada Akhbar Joran, Berita Harian

Tiada ulasan:

Catat Ulasan