Isnin, 27 Ogos 2012


PERSEDIAAN PANCING PANTAI


1. Antara umpan yang boleh digunakan untuk memancing di pantai adalah seperti berikut:-
a) udang segar - hidup lagi baik
b) perumpun
c) hirisan ikan - kembung, selayang, selar
d) sotong pasar
e) sotong kurita
f) anak ikan belanak
g) ketam angin atau ketam batu
h) roti untuk umpan belanak besar
i) roti canai / daging ayam untuk ikan kuku
j) siput, kupang, kerang dan isi cengkerang lain

2. Saiz batu ladung boleh menentukan jarak balingan. Pastikan batu yang digunakan dapat ditampung oleh hujung joran ketika dilontar. Ini untuk mengelakkan hujung joran dapat bertahan. Selalunya batu bersaiz 8 hingga 12 digunakan. Pilihlah batu yang lonjong memanjang untuk mengurangkan rintangan angin dan arus.

3. Perambut bolehlah bermula dari 20 hingga 60 paun bergantung kepada kekuatan tali utama, mata kail, kekuatan kekili dan kekuatan joran. Panjang perambut adalah antara 1 hingga 2 kaki. Jika memancing bebulus perambut kekuatan 12 dan panjang setengah kaki paling sesuai.

4. Kunjungi pantai ketika air kurang gelombang dan berangin. Pastikan tiada hujan sebelum kunjungan dan air yang hampir jernih (air yang terlalu jernih...ikan kurang galak).

5. Waktu terbaik untuk pancingan pantai ialah ketika air pasang penuh. Ketika ini ikan akan rapat ke pantai. Sebelah malam . ikan lebih aktif memakan umpan daripada siang. Kesimpulannya waktu yang paling sesuai adalah lewat petang hingga sebelum terbit fajar.

6. Penggunaan joran yang panjang adalah satu kelebihan semasa memancing di pantai. Lontaran yang jauh lebih mendatangkan hasil.Selamat memancing.

sumber dipetik daripada Akhbar Joran, Berita Harian

‘Circle hook’ Elak kail sangkut di kerongkong


Sasaran menjerat belida di pertengahan dan bawah permukaan air. Umpan anak ikan hidup digantung setengah air menggunakan pelampung. Jangan biarkan terlalu lama ikan menelan umpan sebelum membalas joran. Lambat membalas memberi masa ikan menelan habis umpan dan menyebabkan mata kail masuk terus dalam kerongkong.


Cara terbaik adalah menggunakan mata kail ‘circle hook’. Jenis mata kail ini terbukti hampir 99% tersangkut di bibir ikan. Reka bentuk sedemikian umpan ditelan bersama mata kail namun apabila ikan mula menarik tali pancing, ‘circle hook’ bertindak menekan mulut sebelum tersangkut bibir ikan dengan sendiri.


Menggunakan mata kail jenis ini tidak memerlukan kita membalas joran. Biarkan ikan lari dan tunggu sehingga mata tersangkut dengan sendiri. Jenis mata kail ini juga banyak digunakan oleh pemancing yang gemar mengamalkan konsep tangkap dan lepas. Anak ikan seluang, udang sungai hidup, anak talapia dan sepat adalah umpan berkesan.

Gewang merah putih paling popular


Gewang yang paling popular di kalangan pemancing adalah kombinasi gewang berwarna merah bahagian kepala dan putih dari badan hingga ekor. Selain itu, gewang bercorak dan warna garang turut menjadi pilihan kerana peranan warna terang boleh menarik perhatian pemangsa. Paling baik jika kita dapat meniru bentuk dan warna gewang seperti warna yang terdapat pada ikan

Sumber :Pancingngail.com

HILANGKAN HANYIR IKAN



1. Ikan sungai yang telah siap disiang hendaklah direndam dengan air cucian beras. Biarkan berendam untuk seketika. Selepas itu, bilas ikan tersebut dengan air. bolehlah memasak. Senag je kan.....
2. Ikan laut yang telah siap dipotong atau disiang hendaklah direndam dengan tepung gandum lebih kurang 10 minit sebelum dimasak. Biarkan ikan atau hirisan tadi dibaluti tepung gandum. Kemudian bilas ikan tersebut selepas itu bolehlah dimasak.
3. Ikan sungai memang terkenal dengan hanyirnya. Lebih-lebih lagi ikan darat. Ikan tersebut hendaklah direndam dengan air asam jawa selama 1 jam. Selepas itu, dibasuh dengan air biasa.
4. Ambil beberapa helai daun serai dan sedikit asam jawa. Ramas kedua-duanya dan gaul bersama ikan. Perapkan selama beberapa minit kemudian bilas dengan air bersih. Hanyir ikan akan hilang dan bolehlah dimasak.
5. Tangan berbau hanyir ikan?Lumurkan sedikit halia yang telah ditumbuk pada tangan. Insya Allah hanyir akan hilang. Cubalah …..

sumber daripada buku Petua Dapur Rumahtangga

Ahad, 26 Ogos 2012

PERTANDINGAN MEMANCING


AKTIVITI MEGA

JOM MANCING DI TELOK SENGAT      .       
 Tarikh: 1 September 2012 (Sabtu)
Masa: 9.00 malam hingga 12.30 tengah malam
Lokasi: Jeti Telok Sengat, Kota Tinggi, Johor
Yuran Penyertaan: RM35/ 1 joran
Hadiah Utama 
Juara: RM1,000 + hamper + peti ais (jika ikan melebihi 1000 gram
Tempat Ke-2: RM500 + hamper
Tempat Ke-3: RM200 + hamper
Tempat Ke-4: RM100 + hamper
Tempat Ke 5-10: RM50 + hamper
Tempat Ke 11-15: hamper
Hadiah Jackpot: RM5 x jumlah peserta ( peserta pertama menaikkan ikan seberat 1.5 kg atau lebih)
Cabutan Bertuahsemua hasil tangkapan
2 unit dapur gas
mesin basuh

PEKAN SAILFISH FISHING TOURNAMENT 2012   .   
Tarikh: 8 - 9 September 2012
Lokasi: Pekan, Pahang
Yuran Penyertaan Individu: RM698
Anjuran: Fisher Plan Tackle Trading
Penginapan: diurus sendiri
Kemudahan bot: tempahan harus diurus sendiri. (Sila hubungi Ricky Tan: 019-9586838)
Hadiah Utama 
Juara: RM10,000
Tempat Ke-2: RM5,000
Tempat Ke-3: RM2,000
termasuk cenderhati
Keterangan lanjut:
Hubungi Chong [012-2366440], Ricky Tan [019-9586838]

CABARAN LAYARAN ROMPIN                                                                                                     Sempena Royal Pahang Antarabangsa Billfish 2012  . 

Tarikh: 14 - 16 September 2012
Lokasi: Lanjut Beach Golf Resort, Rompin, Pahang
Anjuran: Kerajaan Negeri Pahang, Majlis Tindakan Pelancongan Negeri Pahang & Tioman
Yuran Penyertaan: RM400 ( tidak termasuk bot)
Pendaftaran: terhad kepada 150 peserta sahaja
Hadiah Utama 
Kategori Berpasukan
Juara: RM15,000 + trofi + sijil
Tempat Ke-2: RM6,000 + trofi + sijil
Tempat Ke-3: RM3,300 + trofi + sijil
4 hadiah Saguhati
RM900 + trofi + sijil
Kategori Individu
Juara: RM10,000 + trofi + sijil
Tempat Ke-2: RM5,000 + trofi + sijil
Tempat Ke-3: RM2,500 + trofi + sijil
4 hadiah Saguhati
RM600 + trofi + sijil
Maklumat lanjut:
Hubungi Wan [019-3366862], Idros[019-9167812], Muliati [017-3597451]

KARNIVAL & PERTANDINGAN MEMANCING TCE SPORTS  .       
Tarikh: 13 Oktober 2-12 (Sabtu)
Masa: 7.30 pagi hingga 6.00 petang
Waktu Pertandingan: 9.30 pagi hingga 4.30 petang
Lokasi: Taman Tasik Titiwangsa, Kuala Lumpur
Yuran Penyertaan: RM100/ 1 joran
Anjuran: TCE Sports dengan kerjasama Persatuan Memancing Malaysia serta agensi swasta
Hadiah Utama 
Juara: RM30,000 + Daiwa Saltiga Z6500H Dog Fight Reel + Daiwa Saltiga Bluefin 84 Rod (Jumlah: RM38,293)
Tempat Ke-2: RM10,000 + Daiwa Saltiga Z6500EXP Reel + Daiwa Saltiga SG Deep 55S Rod (Jumlah: RM17,865)
Tempat Ke-3: RM5,000 + Daiwa Certate Hyper Custom 4000H-PE + Daiwa Catalina Nabura 67 Rod (Jumlah: RM10,874)
Tempat Ke-4: RM3,000 + Daiwa TD Luna 300 Reel + Daiwa Pacific Phantom BG 70S Rod (Jumlah: RM5,825)
Tempat Ke-5: RM1,000 + Daiwa Coastal 4000 Reel + Daiwa Monster Mesh M632XXHS-SIC Rod (Jumlah: RM2,958)
Tempat Ke-6: Team Seahawk Tamashii TM702MRB Rod + Team Seahawk Bass Infinity II 103 Eva Knob Reel (Jumlah: RM937)
Tempat Ke-7: Team Seahawk Kingu KG892MHS Rod + Team Seahawk Bass Infinity 103L Reel (Jumlah: RM803)
Tempat Ke-8: Daiwa Revros 1500 Reel + Daiwa Tournament Max TRX-902MHS (Jumlah: RM701)
Tempat Ke-9: Daiwa Procaster 4000X Reel + Daiwa Sensor Force SEF 702MS Rod (Jumlah: RM475)
Tempat Ke-10: Daiwa Procyon 2000-3i Reel _ Daiwa Sensor Platinum SPL 662MS Rod (Jumlah: RM304)
Plus 100 Lucky Draw Prizes - Daiwa Joinus 2000 Reel (RM112) & Daiwa Worldspin 2000 Reel (RM140)
Keterangan lanjut:
Hubungi Digital Aquarium & Pets Trading [03-80613442], Hasya Aquarium & Pet [019-2172865],Kepong Tackle [03-62740460], Loon Fatt Enteprise [012-2368838], Ocean Sea Sportfishing [03-89457725],Sport Line Pro Fishing [03-51217633], TCE Sports [04-2638700],Young Trading [03-92218814]
Website: TCE Sports

PERTANDINGAN MEMANCING SEMPENA SAMBUTAN MELAKA 750 TAHUN      .  
Tarikh: 21 Oktober 2012 (Ahad)
Masa: 8.30 pagi hingga 12.30 tengahari
Lokasi: Pantai Dataran 1 Malaysia (Klebang, Melaka
Yuran Penyertaan: RM60/ 1 joran
Hadiah Utama (Hadiah sapu bersih)
Juara: RM50,000
Tempat Ke-2: RM15,000
Tempat Ke-3: RM5,000
Tempat Ke-4: RM1,500
Tempat Ke-5: RM1,000
Tempat Ke 6-10: RM300
Tempat Ke 11-20: RM150
Tempat ke 21-50: RM100
T'Shirt Percuma
2,500 disediakan untuk pendaftaran terawal
Cabutan Bertuah
turut menanti kaki pancing termasuk:
1 unit perodua Viva
1 unit Motosikal Modenas
Basikal dan barangan elektrik bermacam-macam lagi
Keterangan lanjut:
Hubungi Along [017-6582609], Mat Jawa [017-2336310], Hairee JJ [019-7722010]

PERTANDINGAN MEMANCING TASIK SERI MEDAN   .       
Tarikh: Oktober 2012
Lokasi: Tasik Seri Medan
Hadiah Utama 
Juara: RM17,777
Tempat Ke-2: RM7,777
Tempat Ke-3: RM3,333
Tempat Ke-4: RM1,111
Tempat Ke-5: RM777
Keterangan lanjut:
Hubungi Hamit [017-7035421
Sumber :joranpancing.com

AIR PASANG SURUT SEP - DEC 2012






Ikan Pari Terbesar


Seekor ikan pari raksasa jenis stingray yang ditangkap seberat 450kg. 



Ikan pelik

Ikan Pelik...








Khamis, 23 Ogos 2012


Waktu Pancing Ikan Sembilang

                                    
Ikan sembilang boleh dipancing sepanjang tahun. Yang penting ialah masa iaitu ketika air bunga pasang atau air bergerak pasang. Ini kerana ikan sembilang akan merayau hingga ke tepian pantai cetek mencari makanan. Sembilang tidak tertumpu kepada satu-satu kawasan saja.

Ketika tiada arus ia berkumpul di kawasan yang ada reba dan tunggul kayu kemudian mula bergerak mencari makanan apabila air mula pasang. Ia akan masuk hingga jauh ke dalam anak sungai ketika air pasang dan balik semula ketengah apabila air surut. Bagi yang kurang arif, sebarang gegaran kecil pada hujung joran tentu menandakan umpan digertu ikan.

Menggunakan tali yang lebih sensitif seperti tali sulam boleh memberi isyarat kepada joran dengan cepat. Joran akan bergetar beberapa kali ketika umpan diusik. Sesetengah joran yang melentur secara perlahan dan sekata menandakan ia mengena pada sampah hanyut. Gegaran adalah petunjuk bezakan joran yang diusik ikan atau sampah. Joran yang diusik ikan sama ada ia bergegar kecil dulu atau secara tiba-tiba lenturan berlaku.

Kalau sampah atau objek lain mengena joran ia tiada tindak balas apabila joran diangkat. Air pasang dan surut sememangnya waktu yang kita boleh pancing. Untuk pancing pantai waktu air gerak pasang adalah paling sesuai manakala yang menggunakan sampan atau bot kedua-dua masa ini tidak memberi impak jika tekong tahu lokasi dan lubuk yang bagus.





MUSIM PARI DAN GELAMA

                                       
Ikan pari dan gelama boleh dikatakan dapat dipancing sepanjang tahun kecuali di perairan Pantai Timur Semenanjung yang mengalami musim tengkujuh setiap tahun. Ini akan membantutkan minat pemancing di kawasan tersebut.

                                       

Sebenarnya ikan pari akan menghampiri pantai ketika air pasang dan waktu malam untuk mencari makanan. Jadi kedua-dua waktu ini amat sesuai untuk memancing pari.
Antara lokasi popular untuk memancing gelama di Pantai Timur Semenanjung ialah Pantai Cahaya Bulan (Kelantan), Pantai Teluk Ketapang ,Pantai Batu Burok (Terengganu) dan Pantai anak Air tanjung lumpur kuantan.

Tip Memancing Udang Galah




Udang galah dikelaskan sebagai haiwan omnivor iaitu spesies yang boleh dikatakan makan serba-serbi yang dijumpainya. Untuk memudahkan mengesan udang lebih cepat kita perlu menggunakan umpan ‘berbau’. Di kawasan air jernih udang amat berhati-hati dan kurang galak kecuali kita memancing waktu malam atau lubuk yang didominasi udang galah.

Umpan udang yang lumrah dan cepat diterpa udang ialah perumpun - jenis sarang, bakau, pantai dan nipah. Cacing tanah sama ada cacing gila atau jenis biasa. Anak udang sungai atau udang beras hidup/mati, remis, isi kerang, ala-ala - guna bahagian yang keras. Isi ikan dihiris halus memanjang mengikut saiz mata kail. Isi udang galah - potong mengikut saiz mata kail. Udang pasar tidak kira apa jenis, anak ikan longkang hidup atau mati kedua-duanya boleh. 

Pilihan lain - jantung/hati ayam tapi hanya sesuai untuk pancing di kolam. Saiz umpan yang dipasang pada mata kail jangan terlalu besar kerana ini akan melambatkan proses udang menelan mata. Potong atau hiris umpan biar sepadan dengan saiz mata kail yang digunakan. Saiz mata kail udang dan jenis bergantung kepada jenis batang pancing.



Perlu diingatkan jika lokasi yang dikunjungi jauh dari kawasan pembangunan seperti hulu sungai pedalaman umpamanya, langkah keselamatan perlu diambil perhatian memandangkan malam hari terlalu banyak bahaya. Jika wujud keadaan kurang selamat dinasihatkan lebih baik tidak usah memancing di kawasan terbabit. Bagi muara sungai musim udang galah hadir selepas beberapa hari sebaik saja hujan berhenti.
Kebiasaannya air hujan akan keluar ke laut melalui sungai turut membawa bersama udang galah. Ketika ini udang galah akan berkeliaran di kawasan muara yang ketika itu airnya tawar. Udang galah akan mudik semula ke hulu sungai apabila muara sungai kembali payau atau masin. Secara ringkasnya musim udang adalah sepanjang tahun kecuali di muara hanya selepas musim hujan atau ketika muara sungai tawar airnya.
                                                 .

Perambut udang galah kebiasaannya ialah menggunakan tangsi 6 paun hingga 12 paun. Ini sudah memadai dengan berat udang itu sendiri. Kekuatan 12 paun boleh menampung dan mengangkat beban maksimum 5.5 kilogram sudah terlalu besar untuk udang galah sungai yang purata 50 gram hingga 500 gram.

Panjang perambut seeloknya 15 sentimeter atau lebih kurang sejengkal jari orang dewasa. Jenis tangsi biarlah yang lembut supaya udang galah tidak begitu 'terasa' beban ketika mengunyah umpan. Mata kail udang banyak jenis dan saiz mengikut tempat, jenis lapangan pancing dan saiz udang. Saya biasanya menggunakan mata kail no 6 hingga no 8 kerana saiz ini paling sesuai. Banyak jenis dan saiz mata udang yang boleh di temui di pasaran tempatan.


Memancing udang galah tiada musim tertentu sama ada di kawasan hulu sungai dan pedalaman termasuk lombong, tasik dan kolam. Bagaimanapun musim kering (tiada hujan sebelumnya) adalah masa terbaik memancing udang galah. Selain daripada itu waktu malam lebih mudah mengendap udang galah berbanding siang kerana kawasan persekitaran air jernih dan udang galah jarang keluar merayau siang hari bagi mengelak diterkam pemangsa.



Udang galah masak lemak cili padi..

Ikan Patin Masak Gulai Tempoyak




Ikan Patin memang terkenal dengan masakan gulai tempoyak di termerloh Pahang..Berikut merupakan resepi yang boleh anda cuba...

Bahan-bahan:
1 ekor ikan patin(angaran 1kg)
20 biji cili api (kalau nak pedas boleh ditambah lagi)
1 helai daun kunyit
3 batang serai(diketuk)
1 inci kunyit hidup atau sedikit kunyit serbuk
3 sudu besar atau secukupnya tempoyak
Air secukupnya
Garam dan gula secukup rasa

Cara penyediaan:

1. Kisar cili api bersama kunyit hidup.
2. Masukkan air ke dalam periuk kemudian masukkan bahan kisar,serai dan tempoyak, biarkan sehingga  mendidih.
3. Kemudian masukkan ikan patin, perasakan dgn garam dan gula secukup rasa.
4. Jika tidak masam, boleh ditambahkan lagi tempoyak.


Selamat mencuba..:)..


IKAN PATIN


IKAN PATIN

Ikan Patin atau nama saintifik Pangasius Sutchi & Pangasius hypophthmus adalah spesis ikan air tawar jenis meserba yang mendiami kawasan-kawasan sungai dan lombong-lombong.

Bentuk fizikal utamanya adalah mempunyai dua sengat di kiri kanan dan satu di belakang badan, tidak bersisik dan lembut. Saiznya boleh mencecah 1 meter panjang dan beratnya boleh menjangkau lebih 20kg.

Ikan patin mempunyai nilai komersial yang tinggi dan diternak di kolam-kolam dan di sangkar-sangkar.

Ikan patin merupakan ikan yang tidak memilih makanan di mana diet ikan ini ialah anak-anak ikan, buah-buahan sungai, udang dan bangkai binatang. 

Ikan patin yang mempunyai isi yang lazat dan lemak manis merupakan ikan kegemaran masyarakat   terutama di  Asia Tenggara. Ikan ini juga berada di sungai-sungai  di Eropah sebagai ikan pendatang.

Terdapat perbagai jenis ikan patin di Malaysia, tetapi hanya beberapa jenis sahaja yang mendominasi dan mendiami kebanyakan kolam, sungai dan lombong-lombong seperti berikut:




                                                   Ikan Patin Buah - Pangasius Nasutus
  
                                                                           Ciri-ciri:
                                                   - mempunyai tubuh badan yang lebih bulat
                                                   - Perut ikan buncit dan besar
                                                   - Kepalanya berbentuk bulat





                                               Ikan Patin Muncung - Pangasius hypophthmus

                                                                             Ciri-ciri:
                                                     - mempunyai tubuh badan yang panjang
                                                     - mempunyai tubuh yang kurus
                                                     - Kepalanya berbentuk tirus
                                                     - Sedikit warna merah di sirip dan ekor 

 

                                                   Ikan Patin Juara - Pengasius Micromenus

                                                                          Ciri-ciri:
                                                 - mempunyai tubuh bulat dan pendek
                                                 - mempunyai tubuh yang kecil berbanding jenis patin yang lain
                                                 - Kepalanya berbentuk bulat





                                                            Patin Lawang - Pangasius Sutch

                                                                               Ciri-ciri:
                                                        - mempunyai tubuh panjang dan bulat
                                                        - mempunyai tubuh yang seperti patin buah
                                                         - Kepalanya berbentuk bulat
                                                         - Mampu membesar sehingga lebih 20 kg 
                                                         - Sedikit warna merah di sirip dan ekor

Kini di Malaysia, kesemua jenis ikan patin di atas menjadi pilihan penternak ikan terutama ikan patin Buah yang mempunyai harga yang mahal. Ikan patin Lawang pula banyak diletakkan di dalam kolam pancing kerana saiz yang besar dan mampu memberi tentangan hebat kepada pemancing.

Dari segi rasa dan harga, terdapat perbezaan besar antara ikan patin yang dibela secara commercial dan ikan patin liar. Ini kerana ikan patin yang dibela hanya diberi makanan pallet serta vitamin tertentu untuk cepat membesar. Isi ikan patin bela mempunyai lebihan lemak dan juga dikatakan sedikit tawar jika berbanding ikan patin liar. Ikan patin liar pula mempunyai harga yang lebih mahal berbanding ikan patin bela. Ini kerana habitat ikan patin liar seperti sungai yang mempunyai arus serta tabiatnya memakan apa saya yang terdapat di sungai. Isinya lebih lemak manis jika  dibandingkan dengan ikan patin bela.Walaupun begitu kedua-dua jenis ikan ini tetap mendapat pemintaan tinggi untuk dijadikan hidangan istimewa di Malaysia.

Umpan Ikan Patin

Di Malaysia, pelbagai jenis umpan telah digunakan oleh pemancing untuk memancing ikan Patin ini. Setiap umpan bergantung pada tempat dan lokasi tempat memancing. Ikan ini bersifat ikan dasar dan umpan jenis tenggelam lebih efektif digunakan untuk memancing ikan Patin.