Isnin, 27 Ogos 2012


‘Circle hook’ Elak kail sangkut di kerongkong


Sasaran menjerat belida di pertengahan dan bawah permukaan air. Umpan anak ikan hidup digantung setengah air menggunakan pelampung. Jangan biarkan terlalu lama ikan menelan umpan sebelum membalas joran. Lambat membalas memberi masa ikan menelan habis umpan dan menyebabkan mata kail masuk terus dalam kerongkong.


Cara terbaik adalah menggunakan mata kail ‘circle hook’. Jenis mata kail ini terbukti hampir 99% tersangkut di bibir ikan. Reka bentuk sedemikian umpan ditelan bersama mata kail namun apabila ikan mula menarik tali pancing, ‘circle hook’ bertindak menekan mulut sebelum tersangkut bibir ikan dengan sendiri.


Menggunakan mata kail jenis ini tidak memerlukan kita membalas joran. Biarkan ikan lari dan tunggu sehingga mata tersangkut dengan sendiri. Jenis mata kail ini juga banyak digunakan oleh pemancing yang gemar mengamalkan konsep tangkap dan lepas. Anak ikan seluang, udang sungai hidup, anak talapia dan sepat adalah umpan berkesan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan