Rabu, 12 September 2012

KETAHUI DAYA KETAHANAN JORAN


Maklumat penting yang perlu kita semua ketahui jika ingin menjadi seorang pemancing yang berilmu. Joran adalah alatan asas yang perlu kita perolehi jika kita hendak pergi memancing, ramai diantara rakan pemancing yang pulang kecewa kerana joran mereka patah ketika beraksi dengan ikan yang diidamkan. 

Joran akan melengkung dan membentuk sebuah lencongan jika dibebani pada bahagian hujungnya. Sifat dari aksi joran ini dipengaruhi oleh bahan pembuatannya, ketebalannya, padat atau berongga, besarnya jarak dan jumlah cincin yang dipasangkan padanya serta panjangnya.

Terdapat 3 jenis daya lenturan dan ketahanan sesebuah joran antaranya:-

1. Soft Action (Aksi lembut)
Joran yang dibuat dari pangkal sampai hujung melengkung, direka supaya ianya beraksi lambat sehingga apabila diberi beban ianya akan membentuk kubah parabola yang lebar. Dengan kata lain, kelenturan joran sampai ke bahagian pangkal. Joran model ini banyak digunakan untuk fly fishing dan popular untuk pemancingan di tepi pantai atau tebing.
2. Medium Action (Aksi pertengahan)
Joran yang beraksi pertegahan ini akan melengkung secara progresif dari ujung hingga ke tengah apabila dibebani, namun bahagian pangkal akan mula ikut melengkung apabila sudah mendapat beban dengan berat tertentu. Dengan kata lain kelengkungan joran ini hanya sampai ke bahagian tengah
3. Hard Action (Aksi lambat)
Joran yang beraksi bila dibebani hanya sepertiga hingga setengah bahagian joran yang melengkung secara radikal, Kekerasannya boleh menyebabkan bahagian pangkal tetap lurus dan tidak ikut beraksi. Dengan kata lain, joran hanya melentur dibahagian hujungnya saja. Joran ini sangat popular untuk memancing dengan teknik trolling, jigging dan casting dari atas bot. Manakala joran yang lebih pendek dan kecil sesuai untuk memancing dengan cara spinning.

Terdapat berberapa standard yang digunapakai oleh pengeluar joran dunia antaranaya:-

Heavy (berat) dengan daya lenturnya sekitar 7-21 gram
Medium (menengah) dengan daya lenturnya sekiitar 4-14 gram
Light (ringan) dengan daya lenturnya sekitar 2-7 gram

Secara ringkasnya, dinasihatkan semua rakan pancing untuk memilih jenis joran yang bersesuaian dengan lokasi yang bakal anda kunjungi.

Sumber : TGL 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan