MEMACING DI KELONG KUALA LUKUT NEGERI SEMBILAN
KUALA Lukut pastinya kedengaran asing bagi
penduduk luar Negeri Sembilan yang jarang melewati negeri itu kecuali ketika
menikmati percutian singkat di bandar Port Dickson yang sememangnya terkenal dengan
panorama pantainya.
Namun,
dalam kalangan kaki pancing, Kuala Lukut mempunyai banyak keistimewaan kerana
di situlah terletaknya beberapa kelong memancing yang dibina beberapa kilometer
dari pantai untuk aktiviti memancing ikan air masin.
Di
jeti di muara Sungai Lukut pula, aktiviti memancing ikan air tawar menjadi
pilihan mereka yang mahu memanfaatkan hobi memancing tanpa perlu bermalam di
kelong. Lazimnya, mereka membawa habuan mereka untuk dinikmati di restoran
berhampiran.
Menurut
pengurus Kelong Koperasi Pelanduk 2020, Mohd. Fauzi Mohd. Zainal, kelong
memancing dibuka 24 jam bagi mereka yang ingin menghabiskan masa memancing di
kelong berkenaan terutama pada waktu dinihari.
"Berbeza
dengan lokasi memancing di tempat lain, di sini kami tidak menyediakan umpan
kerana terdapat banyak penjual umpan membuka gerai di sepanjang jalan utama
menuju Kuala Lukut.
"Kawasan
ini memang sunyi daripada aktiviti pelancongan lain tetapi meriah dengan
kehadiran kaki-kaki pancing yang sudah terbiasa dengan pengalaman memancing di
kelong-kelong," katanya yang tinggal di Kampung Pachitan yang terkenal
dengan rumah-rumah persinggahan itu.
Fauzi
memberitahu, dia mengambil alih penjagaan kelong berkenaan daripada Koperasi
Pelanduk 2020 sejak tahun 1998 dan menjadi salah satu kelong memancing yang
beroperasi di situ. Kelongnya juga dikenali sebagai Kelong Fauzi
"Selain
Kelong Koperasi Pelanduk 2020 ini terdapat beberapa kelong memancing lain turut
dibina di sini termasuk beberapa kelong memancing persendirian.
"Rata-rata
pengusaha mengenakan harga yang sama iaitu RM350 hingga RM450 untuk menyewa bot
memancing, RM3 untuk memancing di jeti dan RM40 untuk memancing di kelong
kerana memerlukan perkhidmatan bot untuk menghantar mereka ke kelong,"
katanya.
KAKI pancing sanggup bermalam di kelong demi kepuasan memancing dan untuk mendapatkan ikan-ikan yang mereka inginkan.
Lain - lain kelong yang terkenal di malaysia
Address:
Suite 838, Level 8, Block A,
Lobby B, Kelana Centre Point,
No. 3, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
MALAYSIA
E-mail :sales@kelongparadise.com
Suite 838, Level 8, Block A,
Lobby B, Kelana Centre Point,
No. 3, Jalan SS7/19,
Kelana Jaya,
47301 Petaling Jaya,
Selangor.
MALAYSIA
E-mail :sales@kelongparadise.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan