TIP MEMBINA KOLAM IKAN
Sedikit tip bagi kaki pancing yang suka memelihara ikan di kawasan laman rumah ,tetapi tidak tahu bagaimana untuk membina
sebuah kolam ikan menarik di kawasan ruang taman yang kecil dan
sempit..
Membena kolam ikan/pancuran air di satu kawasan yang
sebegitu sebenarnya tidaklah menjadi sangat susah untuk dilakukan. Pertama
dengan cara kita boleh membinanya disekeliling kawasan berkenaan (seperti
saliran yang dikepung dengan konkrit) lalu membuat aliran air yang berpusing (water
circle) melalui pump yang bersaiz sederhana. Atau kita juga
boleh membina sebuah kolam konkrit diatas tanah atau sebuah kolam yang digali
dan disimin disekeliling kolam berkenaan.
Samada bentuk kolam anda dibina diatas tanah, digali atau dibuat seperti kepungan saliran sebenarnya adalah bertujuan untuk menghadirkan satu suasana segar, sejuk yang berair dan nyaman di kawasan sekitar taman kecil anda sahaja. Germercik bunyi air dengan gemersik hebusan bayu yang sesekali menampar tubuh akan membuatkan kita terhindar dari suasana hiruk pikuk kota dan bebanan kerja yang tidak berpenghujung semasa berada dirumah sendiri.
Percayakah anda dengan terbinanya sebuah kolam/pancuran air, kawasan taman yang dulunya sepi dan murung, akan mejadi satu bentuk terapi yang mampu merawat minda anda?
Berada dalam taman yang penuh dengan suasana alam semulajadi akan merawat minda yang selalu berserabut dengan masalah yang pelbagai. Bagi menambah aksesori kolam/pancuran anda, anda boleh menambah dengan cara mengisinya dengan ikan-ikan yang berwarna warni (species ikan koi dan emas) juga meletakkan beberapa tanaman pohon yang bersesuaian mengikut selera dan kemampuan. Meletakan bongkah-bongkah batu besar atau tunggul kayu dilihat lebih asli untuk dijadikan tempat istirehat.
Sebenarnya kos membina kolam/pancuran tidaklah begitu mahal, apa yang diperlukan ialah kepakaran tukang yang mampu mengikut rekabentuk yang kita kehendaki. Tambahan aksesori boleh dibuat secara berterusan dan sesekali ubah kedudukan tanaman yang berpasu supaya tidak dijemu dipandang. Bersihkan kolam anda sekurang-kurangnya tiga bulan sekali atau mengikut keperluan. Rawatan bagi air hendaklah sentiasa dipastikan bagi mengelakkan kehidupan parasit yang tidak diingini mendominasi kolam kesayangan anda nanti.
Sedikit tip yang saya berikan ini mungkin mampu menjawab permasalahan yang sedang bermain difikiran anda sekarang.....

BEBERAPA CONTOH KOLAM SEBAGAI PANDUAN ANDA....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan