Rabu, 12 September 2012


KETAHUI KAITAN TARIKH(HJ)/BULAN DENGAN
AIR PASANG SURUT






Sedikit perkongsian maklumat tentang pertalian tarikh hijrah dan keadaan arus dilautan samaada dipantai timur mahupun pantai barat. Semoga dengan panduan ini memudahkan  anda untuk beraksi dilaut mahupun disungai…

12 /13 /14 /15 / 16hb hijrah:Bulan Penuh/Mengambang

1.Selat dan sungai
- arus deras dan tinggi.
- pasang lebih lama dari surut.
- batu ladung 30 keatas.
- tidak sesuai untuk memancing.

2.Laut pantai timur
- arus mati yang panjang sebelah malam
- surut yang sedang tapi pendek sebelah siang
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

19/20/21/22/23hb hijrah: Bulan separuh

1.Selat dan sungai
- pasang kurang berarus dan surut yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 22 dan 23hb.

2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- kadangkala air terlalu jernih dan berkaca
- ikan sensitif pada penglihatan.

26/27/28/29/30/hb hijrah: Bulan gelap

1.Selat dan sungai
- arus mulai besar dengan arus semakin laju
- surut yang panjang diwaktu siang manakala pasang yang pendek.
- air keruh terutamanya waktu surut
- tidak sesuai memancing.

2.Laut pantai timur
- arus pasang sederhana yang panjang sebelah siang
- arus mati tapi pendek sebelah malam
- air biasanya keruh sedikit.
- sesuai memancing kerana ikan kurang sensitif.

5/6/7/8/9hb hijrah: Bulan Separuh

1.Selat dan sungai
- surut kurang berarus dan pasang yang sederhana
- tempoh pasang & surut yang sama.
- sangat sesuai memancing terutamanya 8 dan 9hb.

2.Laut pantai timur
- pasang surut arusnya sama iaitu sederhana
- jangkamasa pasangsurut sama.
- air tidak terlalu jernih dan sesuai untuk memancing.
- ikan sensitif pada penglihatan.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan